13.12.11

HBEG 10

“busy?” tanpa salam, Uda bertanya bila talian disambungkan.
“not really, why?” Vee bertanya.
“aku tunggu dekat seberang,” ujar Uda.
“for what?”
“nak jumpa kau la mak cik,” balas Uda.
“of course la kan. Tapi..ape pasal nak jumpa?”
“kita kena discuss.”
“aku ada meeting la lepas lepas ni. Kau kenapa ni?” Tanya Vee, malas melayan Uda.
“okay okay. Kalau macam tu, esok aku datang USM,” ujar Uda pula.
“kau kenapa nak jumpa aku ni? Aku okay jelah,” balas Vee.
“ade hal sikit,” balas Uda.
“yela yelah.okeylah. got to go,” ujar Vee sebelum talian dimatikan.

Apa mimpi si Uda ni? Takde angin takde ribut melainkan angin laut yang mampu membuat kulit jadi gelap, tiba tiba call tanpa salam menyatakan hasrat mahu ke USM. Wake up from the wrong side of bed ke apa abang aku sorang ni?

Pintu bilik di ketuk.

“masuklah.tak kunci,” kedengaran suara Zack dari dalam.
“kenapa tak tidur lagi?”
“assignment ni tak siap lagi. Kau baru habis meeting ke?” Zack bertanya.
“taklah.baru balik shopping. Kau tak tahu ke 1st avenue sekarang tutup 2 pagi?” Tanya Vee sebelum meletakkan segala bagai fail di atas meja dan melabuhkan punggung di atas katil.
“heh…yelah sangat kan 1st avenue kau. Apesal tak jejak sampai Gurney terus?” Zack membalas.
“ya tak ya jugak,” balas Vee sebelum baring.
“woi..pegi tukar baju dulu kalau nak landing pon,” tegur Zack.
“baik bos!”

Mengalahkan Uda kat rumah je si Zack ni. Nasib jelah dah ada pakwe budak sorang ni, kalau tak, dah dijodohkan dengan Uda jawapnya.

Vee pantas menarik tuala yang disidai di tepi katil, baldi kecil yang berisi toiletries dan sepasang pakaian sebelum menuju ke bilik air.

Pergh..lega betul dapat mandi ni. Lepas ni boleh tidur puas puas.seronoknya.

“kau mandi ke?” Zack bertanya bila Vee melangkah masuk dengan badan yang segar.
“haah. Aku baru teringat assignment aku pon tak siap,” ujar Vee sebelum meletakkan barangnya.
“sambung jelah esok.kau tu bukan tahan sangat tidur lambat,” nasihat Zack.
“hurm…”
“tak payah nak hurm hurm dengan aku. Kau tu, kata je nak sambung. Kang aku toleh jap lagi, mata kau dah tertutup,” ujar Zack lagi. Vee terhenti langkah di tepi katil.
“disebabkan kau cakap macam tu, aku tidur dulu lah ya,” balas Vee.
“okay. Sweet dream.”
“kau jangan tidur lambat sangat. Kang free je terlepas kelas,” pesan Vee sebelum membaca doa tidur dan mula memasuki dreamlandnya.

(*)

• ‘Salam, bz x?’
• ‘salam.x.np?’
• ‘jom jumpa.’
• ‘ad pe?’
• ‘uda is here.with me’
• ‘oh.yke? igtkan dia xjd dtg’
• ‘kitorg dkt café’
• ‘be there in 5-10mins.’
• ‘okay.take ur time.’

Vee siap bersahaja bila menerima mesej dari Akmal petang itu. Dengan tshirt desasiswa, selipar jepun dia melangkah ke café.

“kau memang pakai macam ni ke selalu?” belum sempat beri salam, Uda dah mulakan sesi syarahannya.
“haah. Apesal?” Vee bertanya sebelum duduk menghadap Uda. Akmal disebelah Uda dipandang sekali lalu.
“tak boleh ke proper sikit? Future hubby datang tengok ni,” bebel Uda.
“relaks sudah. Budak USM memang simple macam ni,” balas Vee, malas melayan bebelan Uda.
“So… kau ada apa hal datang sini? Nak diskus apa?” Tanya Vee bila Uda tiba tiba diam melayan pemandangan.
“pasal kau lah,” ujar Uda pula.
“apa pasal dengan aku? Aku okay je,” balas Vee, sebolehnya dia nak elakkan perkara ni.
“I think I should get something to drink for us,” ujar Akmal sebelum bangun.
“anything will be fine,” ujar Vee, bersahaja.
“so…anything to say? Apasal nak diskus kau ajak dia?” macam mechine gun Vee bertanya kepada Uda.
“mestilah bawak dia, dia tu future kau, si Amirul tak guna tu history,” ujar Uda, serius as in muka bengis, suara besar bajet adik dia sorang ni takut.

0 flowers: